Akaun darulkifayah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Selamat Datang


Pertubuhan Darul Kifayah merupakan sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan dalam usaha untuk mengembangkan syiar Islam. Dalam usaha ini kami menjalankan beberapa aktiviti program jualan yang diharap dapat membantu menjana dana bagi membiayai program-program dakwah dan kebajikan yang berkaitan. PDK mengambil pendekatan "Ya'dul Ulya" di mana "Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima" di mana kami tidak cenderung ke arah meminta sumbangan ataupun sedekah sebaliknya berikhtiar melalui perniagaan agar lebih mampan dalam apa jua keadaan.  Ikuti perkembangan kami di laman sosial FB Pertubuhan Darul Kifayah Malaysia untuk perkembangan semasa.


Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan.

Bagi Program Wakaf, Pertubuhan Darul Kifayah menggunakan konsep BELI & WAKAF dan kami sentiasa merujuk kepada panel syariah bagi memastikan setiap pelaksanaan lebih telus, lebih sistematik dan patuh syariah.


 Semoga dengan pembelian dan infaq serta usaha yang diberikan ini akan dapat mengembangkan syiar Islam dan seterusnya sebagai bekalan akhirat kita jua.

 

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". Ali Imran ayat 92