Akaun darulkifayah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

KEMPEN JOM SOLAT -SAUDARAKU ISLAM

KEMPEN JOM SOLAT -SAUDARAKU ISLAM
KEMPEN JOM SOLAT - SAUDARAKU ISLAM

Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia

Pertubuhan Darul Kifayah sekali lagi menggiatkan KEMPEN JOM SOLAT dengan mensasarkan edaran 3000 unit buku panduan solat. Kempen ini adalah untuk membantu dan menggalakkan umat Islam sama ada yang lahir sebagai Islam atau pun yang muallaf supaya mendirikan solat. Solat itu tiang agama dan rukun islam yang kedua serta wajib dilaksanakan.

Namun masih terdapat insan yang masih tidak melaksanakan tuntutan ini sama ada secara sengaja atau pun tidak disengajakan. Ada juga keadaan di mana hidup insan itu yang jauh tersasar daripada landasan agama hingga lalai dan lupa bagaimana hendak menunaikan solat.

Ada juga yang telah tersedar daripada kelalaian dan mahu mendekatkan diri semula dengan Islam namun malu untuk bertanya kepada rakan mereka tentang solat.

Bagi saudara yang baru memeluk Islam, mereka juga perlukan panduan ini agar boleh terus melaksanakan tuntutan rukun Islam ini.

Anak-anak kecil juga perlu didedahkan dengan panduan solat ini agar mereka dapat terus menghayati dan melaksanakan ibadat ini sehingga dewasa.

Dalam keadaaan semasa kini ramai yang dihimpit oleh kesan ekonomi ini sehingga ada yang mengambil jalan mudah dengan MEMBUNUH DIRI. Mungkin kerana sudah buntu dengan masalah yang dihadapi khususnya dalam menghadapi masalah kewangan sehingga menggangu kewarasan akal dan fikiran. Sama-sama kita mohon agar dugaan sebegini tidak berlaku kepada diri dan ahli keluarga kita serta semua umat Islam. Dekatkan diri dengan Allah, mengadu dan memohon kepadaNya. Dirikanlah solat kerana ini adalah jalan terbaik untuk kita sentiasa dekat denganNYA.  

Kempen ini telah digerakkan oleh Darul Kifayah sejak 2017 dan sehingga kini lebih 5 ribu buah buku panduan solat telah diedarkan secara percuma dengan harapan agar dapat membantu memudahkan insan-insan berkaitan tahu bagaimana cara untuk solat.

Harga bagi seunit buku Panduan Solat ini hanyalah RM10. Bayangkan dengan sumbangan sekecil ini yang anda berikan dalam menggiatkan lagi kempen JOM SOLAT, sebuah buku panduan solat akan diberikan kepada seseorang insan itu, insyaAllah ianya dapat membantu mereka mendirikan solat. Selagi mana dia bersolat, moga ada pahala yang tidak putus untuk anda. Kemudian apabila dia mampu untuk mengajarkan orang lain solat, akan berterusan hendaknya pahala buat anda melalui sumbangan yang anda berikan ini. Semoga sumbangan kecil ini akan menjadi bekalan yang tidak putus untuk kita diakhirat kelak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Sila layari
https://www.facebook.com/PertubuhanDarulKifayah

Untuk maklumat lanjut:
Ustaz Rahman: 012-5172657
Sekretariat Pertubuhan Darul Kifayah