Program Motivasi Modal Insan 2023

BERSAMA MEMENUHI TANGGUNGJAWAB SOSIAL “Membangun dan
Melestarikan Komuniti”
Program Motivasi Pembangunan Sahsiah Insan adalah satu program yang
digerakkan bersama Darul Kifayah & Yayasan Pembangunan Komuniti dan Sosio Ekonomi Malaysia yang bertujuan untuk
memberi memotivasi dan membangunkan aspek sahsiah (keperibadian) seseorang,
atau sekelompok orang, dengan menggunakan pendekatan atau metodologi yang
bersesuaian. Program ini akan memberi penekanan instrinsic value di dalam diri para
peserta program agar dapat membantu meningkatkan tahap motivasi diri dan
seterusnya berupaya untuk membentuk sikap dan tingkah laku yang positif. Melalui
pendekatan ini seterusnya akan membolehkan para peserta mempunyai kesedaran
dan kemahuan yang tinggi untuk meningkatkan keupayaan peribadi dalam
mendepani cabaran-cabaran dalam menjadi insan yang cemerlang. Program ini juga
akan dilengkapkan dengan sumbangan peralatan alatulis kepada para peserta
dengan harapan dapat memberi suntikan motivasi dalam bentuk extrinsic value.
OBJEKTIF
i. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan tahap motivasi diri peserta program;
ii. Meningkatkan sikap dan tingkah laku yang positif peserta program;
iii. Meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri peserta program dalam mendepani cabaran-cabaran dalam menjadi insan yang cemerlang
KUMPULAN SASAR
i. Golongan pelajar Rumah kebajikan (Normal dan OKU)
ii. Anak-anak di Kejiranan Presint 11F (Umur dari 9 Tahun hingga 17 Tahun)
BILANGAN PESERTA
i. Rumah Bakti Nur Ain Bangi (Anak yatim normal) 10 orang (8 Lelaki & 2 Perempuan)
ii. Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Insan (OKU yang memahami pelajaran) 7 orang (3 Lelaki & 4 Perempuan)
iii. Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai (YM) Selangor
15 orang (9 Lelaki & 6 Perempuan)
iv. Anak-anak di Kejiranan Presint 11F
20 orang
TARIKH & MASA
Tarikh : 4 Februari 2023 (Sabtu)
Masa : 10 pagi hingga 1 tengahari
TEMPAT :
DewanSerbaguna Presint 8, Putrajaya
untuk maklumat lanjut boleh hubungi En. Ashraf (Setiausaha Eksekutif PDK) +60 11-2756 9604.